tuntutan_bayaran/
Tuntutan & Pembayaran
Permohonan, kelulusan dan bayaran dalam talian, termasuk integrasi FPX / ToyyibPay.

Kami bina sistem tuntutan, rekod, stok, tempahan dan dokumen automatik untuk PKS, sekolah, koperasi dan jabatan, walaupun anda tiada pasukan IT sendiri.
// promosi
Tawaran & perkhidmatan terbaharu Bonda Digital. Klik poster untuk lihat saiz penuh.
// 00 tentang
Bonda Digital ialah rakan digital yang membantu perniagaan membina laman web dan sistem yang praktikal, kemas dan selamat — direka khusus mengikut keperluan sebenar anda, bukan sekadar templat.
Kami percaya teknologi sepatutnya memudahkan urusan anda, bukan menambah kerumitan.
Setiap projek dibina dengan teliti — mengutamakan keperluan sebenar, pengalaman pengguna dan nilai jangka panjang untuk perniagaan anda.
Sama ada anda memerlukan laman web pertama atau sistem khusus untuk perniagaan anda, langkah pertama bermula dengan satu perbincangan ringkas.
// 02 perkhidmatan
Setiap sistem dibina mengikut keperluan anda. Ini jenis sistem yang biasa kami bangunkan:
tuntutan_bayaran/
Permohonan, kelulusan dan bayaran dalam talian, termasuk integrasi FPX / ToyyibPay.
rekod_hr/
Maklumat staf, ahli atau pelajar di satu tempat, dengan carian pantas dan kawalan akses.
inventori/
Keluar masuk barang direkod, baki dikira sendiri, dan anda dimaklumkan bila stok hampir habis.
tempahan/
Pelanggan tempah slot sendiri dalam talian. Tiada lagi pertindihan jadual.
portal/
Pelanggan log masuk untuk semak status, muat naik dokumen dan lihat rekod mereka.
dashboard/
Angka penting dipaparkan secara langsung. Laporan boleh dimuat turun bila-bila masa.
jana_dokumen/
Surat, baucer dan borang rasmi dijana terus dalam format DOCX atau PDF daripada data sistem.
laman_web/
Laman web perniagaan atau organisasi yang laju, mesra telefon dan mudah ditemui di Google.
// 03 cara_kerja
Proses pembangunan yang jelas — dari idea hingga sistem siap digunakan.
01
Kami memahami keperluan, objektif dan masalah anda sebelum menentukan penyelesaian yang sesuai.
02
Struktur sistem, fungsi dan reka bentuk disusun terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan anda sebelum pembangunan bermula.
03
Sistem dibangunkan secara berperingkat dengan semakan dan ujian bagi memastikan setiap fungsi berjalan seperti yang dirancang.
04
Sistem disiapkan, diuji, diterbitkan ke server dan disertakan sokongan selepas pelancaran.
Urus rekod, permohonan dan laporan dalam satu sistem yang kemas.

Invois, pembayaran dan laporan kewangan yang automatik dan tepat.

Pantau lokasi dan kehadiran pekerja secara langsung.

Laman web promosi produk insurans yang menarik dan meyakinkan.

Laman hartanah untuk jual, beli dan sewa rumah dengan mudah.

Laman promosi pakej percutian yang menawan hati pelanggan.

// 05 kenapa_kami
Kawalan akses ikut peranan, pengesahan input dan perlindungan data dirancang sejak hari pertama, bukan ditampal kemudian.
Setiap sistem dan laman yang kami serahkan menggunakan sambungan HTTPS yang disulitkan.
Pakej Langganan disokong sepanjang tempoh langganan aktif. Pakej Milik Penuh termasuk help desk selama 7 hari selepas serahan.
Sebut harga bertulis ikut skop sebelum kerja bermula, jadi anda tahu apa yang dibayar.
Sistem ikut aliran kerja anda. Anda tidak perlu ubah cara kerja semata-mata untuk ikut perisian siap.
Kami terangkan dalam bahasa mudah dan latih pengguna sehingga mereka yakin menggunakan sistem.
// 06 harga
Mula dengan apa yang anda perlukan hari ini. Naik taraf apabila bisnes anda memerlukannya.
Pilih cara anda mahu uruskan projek:
MULA KEHADIRAN DIGITAL ANDA
Untuk individu, freelancer & bisnes kecil. Mulakan dengan asas digital yang kemas & profesional — bersedia untuk berkembang bila bisnes anda membesar.
bermula RM499 + RM159/bulan
Terurus — termasuk hosting & penyelenggaraan mengikut skop pakej.
RM999 sekali bayar
Milik penuh — website diserahkan; hosting/domain diuruskan sendiri selepas serahan.
WEBSITE PERNIAGAAN PROFESIONAL
Untuk SME & syarikat yang perlukan website lebih lengkap — ruang untuk terangkan siapa anda, apa yang ditawarkan & kenapa pelanggan patut pilih anda.
bermula RM999 + RM249/bulan
Terurus — termasuk hosting & penyelenggaraan mengikut skop pakej.
RM2,499 sekali bayar
Milik penuh — website & source files diserahkan mengikut skop projek.
WEBSITE TERSUAI PREMIUM
Untuk bisnes yang mahu lebih daripada sekadar website. Bezanya bukan jumlah halaman — tapi struktur, design, pengalaman pengguna & conversion yang menyokong pertumbuhan bisnes.
bermula RM1,499 + RM399/bulan
Terurus — termasuk hosting, penyelenggaraan & sokongan mengikut skop pakej.
RM3,999 sekali bayar
Milik penuh — website & source files diserahkan mengikut skop kontrak; hosting sendiri.
APLIKASI WEB TERSUAI
Apabila website biasa tak mencukupi. Untuk sistem sebenar — pengguna, database, dashboard, workflow & integrasi yang dibina mengikut operasi anda. Contoh: booking, inventori, HR, claim, kewangan, keahlian.
bermula RM4,999 + bulanan ikut skop
Terurus — bayaran bulanan berdasarkan skop sistem, hosting & penyelenggaraan.
bermula RM9,999 sekali bayar
Pilihan milik penuh tersedia berdasarkan perjanjian projek.
Sebut harga akhir bergantung pada skop sistem, bilangan modul, integrasi, pengguna & keperluan teknikal.
Domain tidak termasuk kecuali dinyatakan. Hosting termasuk dalam BondaCare mengikut pakej. BondaOwn: pelanggan boleh menggunakan hosting sendiri selepas serahan.
// 07 soalan_lazim
Daripada harga dan proses sehingga pemilikan, teknologi dan sokongan — semuanya diterangkan dengan jelas.
Harga bermula daripada RM499 untuk BondaStart. Projek yang lebih lengkap seperti BondaBusiness, BondaPro dan BondaSystem mempunyai harga berdasarkan fungsi, skop dan keperluan projek.
BondaStart memberikan website 1 halaman yang responsive dengan design profesional, business introduction, services, gallery, testimonial, contact, WhatsApp CTA, Google Maps, contact form, SSL/HTTPS, struktur SEO asas dan deployment.
Fungsi seperti login, database, payment gateway, booking system dan dashboard tidak termasuk dalam pakej ini.
Ya. Anda boleh memilih BondaCare dengan kos permulaan lebih rendah dan bayaran bulanan, atau BondaOwn dengan bayaran sekali gus mengikut skop pemilikan projek.
BondaCare sesuai untuk pelanggan yang mahu kos permulaan lebih rendah serta hosting dan penyelenggaraan diuruskan. BondaOwn pula sesuai untuk pelanggan yang mahu memiliki projek dan mempunyai lebih kawalan terhadap hosting selepas serahan.
Domain bergantung kepada pakej dan quotation. Jika tidak dinyatakan sebagai termasuk, kos domain dikira berasingan.
Kami menyatakan skop dan kos yang berkaitan sebelum pembangunan bermula. Permintaan di luar skop asal hanya akan dibuat selepas pelanggan dimaklumkan dan bersetuju.
01 Consultation
02 Planning & Design
03 Development
04 Launch & Support
Setiap peringkat membantu memastikan projek bergerak dengan jelas daripada idea kepada website yang siap digunakan.
Boleh. Anda tidak perlu mempunyai spesifikasi teknikal lengkap. Kami membantu memahami idea, menentukan fungsi dan mencadangkan struktur projek yang sesuai.
BondaStart: sekitar 3–5 hari bekerja
BondaBusiness: sekitar 5–10 hari bekerja
BondaPro: sekitar 10–20 hari bekerja
BondaSystem: berdasarkan skop dan kompleksiti.
Tempoh sebenar bergantung kepada kelengkapan bahan, maklum balas dan perubahan skop.
Ya. Revision bergantung kepada pakej. Perubahan besar atau permintaan di luar skop boleh memerlukan quotation tambahan.
Ya. Website boleh berkembang bersama bisnes anda. Fungsi seperti booking, payment, login, database, dashboard atau API boleh dinilai dan ditambah berdasarkan keperluan.
Pemilikan bergantung kepada pakej dan terma projek. BondaOwn menyediakan pemilikan projek mengikut skop yang dipersetujui, manakala BondaCare menggunakan model perkhidmatan terurus.
Untuk BondaOwn, source files/code akan diserahkan mengikut skop dan terma pemilikan yang dipersetujui.
Ya. BondaOwn sesuai untuk pelanggan yang mahu mengurus hosting sendiri, tertakluk kepada keserasian teknikal projek.
Untuk BondaOwn, migration boleh dilakukan jika infrastruktur dan teknologi projek menyokongnya. Support migration bergantung kepada skop support yang dipersetujui.
Ya. BondaCare menyediakan support dan maintenance mengikut pakej. BondaOwn juga boleh mendapatkan support tambahan selepas serahan.
Kami akan membantu mengenal pasti punca masalah dan mengambil tindakan berdasarkan skop support yang tersedia. Bug yang berpunca daripada pembangunan asal akan dinilai mengikut terma projek.
Ya. Hosting boleh diuruskan melalui BondaCare mengikut pakej dan spesifikasi projek.
Kami memilih teknologi berdasarkan keperluan projek, termasuk HTML, CSS, JavaScript, PHP, MySQL/MariaDB, Firebase dan Supabase.
Untuk pembangunan dan pengurusan sistem, kami turut menggunakan tools seperti Laragon dan Navicat Premium serta deployment tools mengikut keperluan projek.
Tidak. Teknologi dipilih berdasarkan keperluan sistem, scalability, integrasi dan persekitaran deployment. Kami tidak memaksa satu teknologi untuk semua projek.
Ya, selagi API atau integrasi tersebut tersedia dan akses serta dokumentasi yang diperlukan disediakan. Kos dan tempoh bergantung kepada kompleksiti.
Ya. Kami boleh menilai struktur kod, database, server dan teknologi sedia ada sebelum menentukan pendekatan upgrade atau migration.
Tiada soalan sepadan. Cuba kata kunci lain.
Beritahu kami apa yang anda mahu bina. Kami akan membantu menentukan titik permulaan yang sesuai berdasarkan keperluan sebenar anda.
// 08 hubungi
Chat dengan kami terus di laman ini, atau hubungi kami melalui WhatsApp.
WhatsApp 016-728 4568Tanya bot kami untuk jawapan segera, atau chat secara live dengan admin. Jika admin tiada, tinggalkan mesej dan kami akan hubungi anda.
Maklumat anda hanya digunakan untuk membalas pertanyaan ini. Lihat Polisi Privasi.